the best

bismillah.... keputusan yang terbaik oleh seorang emak ialah menyusukan anaknya dengan susu ibu 100%, sehingga 2 tahun @ sekurang2nya 6 bulan pertama.  susu ibu adalah sumber nutrien yang terbaik untuk seorang bayi.  namun, kerana kekangan kerja, masa, kurangnya ilmu penyusuan, ada emak yang memutuskan utk memilih jln yg mudah.. memberi susu formula (kebanyakannya - cow milk). mudah...

berilah yang terbaik untuk anak anda... sesukar mana pun proses, liku2 penyusuan itu, laluilah ia. kerana ia terbaik utk anak anda. bukan pam yang mahal, atau gadget2 penyusuan yang hebat dan lengkap diperlukan.. cuma perlu keinginan (niat), ikhtiar, doa and tawakkal.  semoga anak anda... ada rezekinya utk menerima makanan terbaik utknya.

apa2 jua pun... segala rezeki itu telah ALLAH tetapkan buat anak2 kita, waimma susu makanan anak kita itu pun sudah ALLAH tetapkan beribu2 tahun dahulu, adakah susu ibu utk dia atau susu Formula Milk utk dia.  sesudah semua itu, tawakkal dan serahkan 100% pada yang Maha Esa....

Wafaa 15 minit selepas kelahiran.  Syukur, ditetapkan ALLAH; Wafaa menerima susu ibu pertamanya selepas 45 minit kelahirannya... Thank you ALLAH.

Bismillahirrahmannirrahim....

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyusukan (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (Al-Baqarah [2]: 233)

Sekian, karangan ilmiah utk kali ini.  yang baik hanya dari ALLAH. dan yang lemah itu, kelemahan penulis ini.  Semoga kita, diberkati ALLAH hendakNya.... Amin.

Comments

Popular Posts